Program Jelajah Sihat di NADI Presint 9 Fasa 3

10 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 9 November 2024 (Sabtu) – Program Jelajah Sihat di NADI Presint 9 Fasa 3 telah dijalankan bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Program ini merupakan program anjuran SSO MRIC Healthcare dan NADI Presint 9 Fasa 3. Program saringan kesihatan secara percuma telah dijalankan di NADI Presint 9 Fasa 3. Seramai 71 orang komuniti telah disaring kesihatan mereka secara percuma. Mereka hanya perlu menjadi ahli NADI sahaja.

Antara saringan kesihatan yang telah dijalankan secara percuma adalah saringan BMI, gula, tekanan darah serta kolestrol. Komuniti yang hadir terdiri dari komuniti Presint 9 dan sekitarnya. Pada program ini, MRIC Healthcare telah membawa 2 orang doktor untuk memberi rundingan mengenai kesihatan secara lebih terperinci kepada komuniti yang terlibat. Komuniti yang perlu rawatan lanjut telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di Klinik Kesihatan berhampiran. Komuniti turut mendapat goodies bag kerana hadir untuk saringan kesihatan sebagai cenderamata.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas